# # #

28 February 2018

LARIAN TERBUKA ZA'BA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA


Pada 24 Februari 2018 Unit Kokurikulum telah menghantar 2 orang murid iaitu MOHD ADAM dan AHMAD DANIEL bagi menyertai Larian Terbuka Za'ba peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46


Pada 24 Februari 2018 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 dimana pada kali ini Ahli Jawatankuasa Baharu akan dilantik dan berkuatkuasa dalam tempoh 2018 dan 2019.

08 February 2018

KEJOHANAN PING PONG MSSNM


Kejohanan ini telah diadakan di SJKC Masjid Tanah selaku tuan rumah bagi kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri. Perlawanan diadakan pada 6 Februari hingga 9 Februari 2018.

07 February 2018

KEJOHANAN GOLF MSSNM


Tahniah diucapkan kepada adik MUHAMMAD ADIF HAIKAL BIN MD HAZAN kerana telah menjuarai pertandingan Kejohanan Golf MSSNM yang berlangsung pada 6 & 7 Februari 2018.

06 February 2018

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA


Pada setiap tahun, pihak sekolah akan melantik Pemimpin-pemimpin Muda bagi memberi penekanan kepada murid berkaitan asas kepimpinan. Pelantikan ini berdasarkan tahap kecemerlangan dan kegemilangan murid sepanjang masa.

04 February 2018

MAJLIS PERPISAHAN PN SURIATI MOHD SALLEH


SK Masjid Tanah (INTEG) kehilangan seorang lagi permata daripada menyinari SKMT. Pn Suriati Md Salleh atau lebih dikenali sebagai Ustazah Su telah berpindah ke SJKT Ladang Sungai Baru bagi menaburkan bakti sebagai ustazah di sana.

PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID TAHUN 5


Satu perjumpaan bersama Ibu Bapa murid-murid tahun 5 SK Masjid Tanah telah dijalankan di PKG Masjid Tanah pada 2 Februari 2018.